Terima-kasih kepada semua yang sudi menjenguk saya di blog yang tidak seberapa ini..ringankan tangan jadi follower saya..korang pun boleh tinggalkan komen dan link korang nanti saya senang ke blog korang pulak.akan ku kenang budi korang sampai bila-bila ..chewahh

Saturday, February 11, 2012

Melaka ...Melaka...Melaka...

 Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 malaysia....
chewaaahh semangat kemalaysiaan r pulak kan...

huhuh entri kali nie sambungan dari cuti cuti semeser vs cuti sekolah...


tapi kali nie kiteorg melancong ke melaka negeri bersejarah  

huhuh seronok taw pergi ke sini..


tapi malangnya kiteorg sempat pergi 1 tempat je la..


tu pon dekat Dataran Pahlawan

korang bayangkan 3 buah kereta yang PERGI!!

huhuhu mane xnye anak Muksu aku ramai...

6 orang termasuk muksu aku kalau korang nak taw...huhu murah rezeki taw kalo anak ramai nie ..

kiteorg bertolak lepas solat zuhur...



feewit2!! cover cun...hahah tu la nurul liyana a.k.a puteri kuat beradu!! 








yg pegang baby tu adek bongsu pulak....kiri dan kanan tu sumenye anak buah aku! 








thats my MUM!!

cik JAHHHH 





hahhh yg sebelah tu my FATHER

pakcik khudzir...

hihihih yg laki tu pulak sepupu aku!!


namenye fakhri..

Cuti Semester Vs Cuti Sekolah

Assalamualaikum wbt uolzz...

huhuh agak lme ek sye xupdate blog..almaklumlah sibuk skit..

jd baby sitter kn..

btw skrg nie nk cter pasal "cuti sekolah vs cuti semester"

huhuh mcm gaduh pulk kn dye punye tittle..

hihih actually bnde nie psl pengisian kiteorg la untuk budak U smse cuti sem..


kalo budak sekolah off kos lah Cuti sekolah kn...


waktu nie berlaku semasa cuti untuk "Tahun Baru Cina"

waktu cuti untuk perayaan "Tahun Baru Cina" nie kiteorg buat bbq kat kg ..

malam raya cina tu la kiteorg buat bbq..kiteorg buat untuk family anak2 mariam n cucunye..
termasuk sye la cucu dye 


bajek cun lar TUH!!


ok...yg ini adek sye!!


tgok tu dye,suke2 ati je goyang kaki...org len sibuk buat keje...

yg terbongkok2 tu paklong sye...yg lg 2 org tu sepupu sye ...
mereka la tulang belakang semua bbq nie..





xsilap kiteorg start prepare sume bhn2 tuk bbq nie pukol 6..








wahh manyak besar api nie..nie tempat tuk kiteorg panggang ayam percik..



nyum2 dengar bunyi pon dapat rse sedap ke x kn??


ok la nak bgtaw juadah malam tu ade jagung bakar,nasi lemak,air oren ,ayam percik,ikan caru 




 panggang,ikan kembong (hah korang jgn pelik ye,ikan kembong pon boleh dipanggang,hahah)

hah ikan pari pon ade jugak,ketam,sosej,otak-otak kempas yg disponsor oleh keluarga  





kiteorg.....huhhh tu je la..


yang penting alhamdulillah semua makanan tu habes!!


huhuh mesti korang pelik kan nape muka saya xde dalam post kali nie..minx maaf sgt2 sebab

NYER tyme tu sye tukang bakar jagung,so muka berminyak la..malas nk amek gambar 





Huarghhh tbe2 je rasa ngantuk...bye2 jumpa lagi iye 


















Friday, January 13, 2012

Soalan Cepumas Dari Mamaku



Assalamualaikum dan salam sayang semua....

apa khabar semua??puteri doakan u'ollz semua sht dan dilindungi olehnya...

btw arini sebenanya puteri gelisah dengan soklan yang keluar dr mulot mamaku..


u'ollz nk tw x??

actually arini bertarikh 13/1/2012 ,1.30pm mama puteri bleh tanya "akak bile nk ade spesial 


boyfriend??"
huhh blushing muka puteri bila mama tanya soalan mcm tu >.<...



so lepas mama tanya soklan mcm tu,puteri jawab puteri xde special lg buat mase skrg...mybe nk 


tggu org masuk meminang terus kot??


huhhh mcmnie la gayanye kan bila anak perempuan sulung bila da masok umo 20 an,org tua mula 


la tanya soklan peribadi...




huhuhu actually buat masa skrg puteri xready lg nk serius dgn spe2,bkn kata xlaku,sbnrnye ramai 




yang nak adjust puteri tp tu la pintu ati lom terbuka tuk bercinta semula...




nk fokus pd study dlu =)




coz puteri sentiasa pegang pada prinsip hidup yang "Love Will Come After We Finish All The 


Thing That We Want "



Bye2 jumpe lg !!

Sunday, January 8, 2012

RAHSIA POTONG KUKU


RASULULLAH S.A.W BERSABDA YANG ERTINYA:

Barang siapa yang mengerat kukunya pada :

* Hari Sabtu :    Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
* Hari Ahad  :   Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
* Hari Isnin   : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
* Hari Selasa: Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
* Hari Rabu :   Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan
* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit
* Hari Jumaat: Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala

Kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati. Kerat kuku juga ada adabnya selain potong mengikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang di ajar. SeELOK-ELOKnya kite buang ke tanah kerana kita juga ada unsur TANAH. Kalau hendak buang kuku di tong sampah pun boleh tapi seelok-eloknya atau semolek-moleknya kita buang la pada tanah yang merupakan kejadian asal manusia.
Berdasarkan pencarian saya :

من قلم أظفاره يوم السبت خرج منه الداء ، ودخل فيه الشفاء ، ومن قلم أظفاره يوم الأحد خرجت منه الفاقة ودخل فيه الغنى ، ومن قلم أظفاره يوم الاثنين خرجت منه العلة ودخلت فيه الصحة ، ومن قلم أظفاره يوم الثلاثاء ، خرج منه البرص ، ودخل فيه العافية ، ومن قلم أظفاره يوم الأربعاء خرج منه الوسواس ، والخوف ودخل فيه الأمن والصحة ، ومن قلم أظفاره يوم الخميس خرج منه الجذام ودخل فيه العافية ، ومن قلم أظفاره يوم الجمعة دخل فيه الرحمة ، وخرج منه الذنوب

Maksudnya: "Sesiapa yang memotong kukunya pada hari sabtu, keluar darinya penyakit dan masuk ke dalamnya penyembuhan, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari ahad, keluar daripadanya kefakiran dan masuk ke dalamnya kekayaan, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari isnin, keluar daripadanya penyakit dan masuk kepadanya kesihatan, sesiapa yang mengerat kuku pada hari selasa, keluar daripadanya al-Baros dan masuk ke dalamnya al-'Afiah, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari rabu, keluar daripadanya was-was dan ketakutan dan masuk ke dalamnya keamanan dan kesihatan, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari khamis, keluar daripadanya al-Jadam dan masuk kepadanya al-'Afiah dan siapa yang mengerat kukunya pada hari jumaat, masuk kepadanya rahmat dan keluar daripadanya dosa-dosa."

al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani pula di dalam Silsilah al-Ahadith al-Dhoiefah wa al-Maudhuah ada menyebut hadith:

من قلم أظافيره يوم الجمعة قبل الصلاة ، أخرج الله منه كل داء ، وأدخل مكانه الشفاء والرحمة

Maksudnya: "sesiapa yang mengerat kukunya pada hari jumaat sebelum menunaikan solat, Allah mengeluarkan daripadanya penyakit dan menggantikan tempat penyakit itu dengan ppenyembuhan dan rahmat." Hadith ini menurut penilaian al-Albani adalah hadith yang terlalu lemah (ضعيف جدا)- Sila lihat Silsilah al-Dhoiefah, m.s. 36, bil. hadith: 2021, cetakan pertama Maktabah al-Maarif al-Riyadh.

al-Hafidz al-Sakhawi di dalam al-Maqasid al-Hasanah m.s. 422 menyebut:

لم يثبت في كيفيته ولا في تعيين يوم له عن النبي صلى الله عليه وسلم شيء

Maksudnya: "Tidak thabit tentang kaifiatnya (memotong kuku), tidak thabit juga tentang menentukan hari untuk memotong kuku dari Nabi S.A.W. sesuatu hadith pun."

Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."

wallahu a'lam.
-------------------------------------------------------------------------------------
Lagi satu, mulakan kerat kuku tu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi dan dimulakan potong kuku dengan jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan last sekali ibu jari tangan kanan. Kalau kaki pula, start dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah sunnah yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya.

Begitu indahnya Islam, sampai kerat kuku pun diajarnya. Apatah lagi perkara yang lebih besar dari itu...




Monday, December 26, 2011

10 Petanda Dia Jodoh Kita

Salam Sayang Semua.............
Arni puteri baru terbaca artikel mengenai "10 Petanda Dia Jodoh Kita"...menarik betul artikel nie..artikel nie puteri baca kat 1 blog nie...
huhuhuh so disini aku nak share la mengenai artikel nie....n 1 puteri harap semoga puteri ditemukan jodoh dengan laki yang soleh n betul2 mahukan puteri..xnak kejadian yang sebelom nie berlaku dalam idup puteri berulang lagi..kejadian tu memang betul2 beri kesan kat puteri dimana sehingga sekarang puteri susah nak percaya mana-mana lelaki...ermm tapi insya allah 1 ari nanti bila da jumpa dengan lelaki yang betul2 ikhlas,terbit la rasa percaya tu...hihihi

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Workshop Bersama Irfan Khairi(IK)

Netpreneur Bersama IK


 Salam Sayang Semua.............
kali nie puteri nak bercerita mengenai "workshop bersama IK"...workshop nie da strt kat u puteri a.k.a Universiti Sultan Zainal Abidi sejak bulan Oktober xsilap puteri 1Oktober 2011...IK akan pantau peserta selama 6 bulan ,dimana kiterog akan berjumpa dengan IK selama 6 bulan..untung kan kiterog,korang nk jumpa IK pon susah tp kiterog senang je nak jumpa dengan dye...
nie nak cerita sedikit latar belakang IK tapi dalam English la ek....^__^

"Irfan Khairi graduated with a B.A. Hons in Multimedia Design from Staffordshire University, United Kingdom.Soon after, Irfan was offered to work with one of the largest IT companies in Birmingham, Netmedia (UK) Ltd as a multimedia system developer and a multimedia consultant, Irfan was responsible to create an Internet learning system for the schools in United Kingdom called the Learning Grid. Currently there are more than 5,000 schools across the United Kingdom using the Learning Grid system.However, with the background and knowledge as well as his passion in Internet and business, he decided to start a part-time Internet business back in 1999. He then decided to pursue his Internet business full time after a full year of operation as he was getting more income from the Internet than his 9-5 job.Since then, Irfan has been working full time from home using his laptop through the Internet. Within 3 years of operation, one of his Internet businesses generated RM1,000,000 net profit – without workers and state-of-the-art computers. And his start-up costs was only RM500. He was only 25 then!Irfan’s Internet business, under the name of Idea Bubble, has served more than 3,000 customers around the globe. Most of them are from USA, UK, European countries to the Middle East, Japan and Australia! Among his winning ideas were creating E-books, developing graphics and websites, SEO (Search Engine Optimization) service, selling maps, online hotel bookings, Multimedia, E-commerce and Learning Consultancy."


Bersama Keluarga

MY GROUP


Friday, December 23, 2011

Puteri Kini Kembali!




salam sayang semua
agak lama jugak r saya xmengupdate status..nie semuanya gara-gara puteri terlupa passowrd bg blog..ye psswrd fb len,psswrd blog pulak len...
ermm firstly salm maal hijrah..sempena dengan Maal Hijrah ni meh sama-sama kita berubah dr perangai buruk or xberapa elok sebelom ini kepada perangai yang baik atau perangai terpuji..nk citer sem baru puteri nie,dimana sekarang nie puteri berada di penghujung semester 3,banyak kenangan yang berlaku dalam semester 3 nie..dimana wktu sem nie,brlaku kejadian lemas dan kejadian kemalangan jln raya..alhamdulillah puteri  xtruk sgt cume luka-luka dan meninggalkan perasaan trauma untuk naik motor lepas nie hikhikhik..bagi kejadian lemas tu mmg xsgka brlaku r,sbb brlaku pon cz nk selamatkan member yang terkapai-kapai kat tgh kwsn air berpusar..wallahualam,sungguh ngeri bila igtkan balik kejadian tu..memang bersyukur sgt-sgt kepada yang maha Esa sebab bg peluang kepada puteri untk hidup..tapi pengalaman yang menyeronokkan dalam semester nie adalah,puteri sekarang bergiat dalam teater untuk UnisZA.seronok betul bila kite berlakon nie..semuanya gara-gara puteri terpilih untuk audition kat u puteri la..niat ati cuma nak teman member audition,pastu dipaksa pulak oleh member untk isi nama sekali..last-last puteri lak yang terpilih untuk audition tu dar 12 org yang datang untuk audition tu..tp xpe,insya allah member puteri tu  ade rezeki dye kat mana-mana selain berlakon..Amin...


hihiih amcam ??de gaya ibu mengandung x??(^_^)


photoshoot untuk teater "Ayam Jantan Ayam Betina"
ini keluarga puteri dalam "Ayam Jantan Ayam Betina"