Terima-kasih kepada semua yang sudi menjenguk saya di blog yang tidak seberapa ini..ringankan tangan jadi follower saya..korang pun boleh tinggalkan komen dan link korang nanti saya senang ke blog korang pulak.akan ku kenang budi korang sampai bila-bila ..chewahh

Monday, January 31, 2011

TAnDa-tAnDa seSEoRaNg ItU mEnIpU :(

Apabila kita berkomunikasi dengan orang lain, atau melihat orang lain sedang berkomunikasi maka kita dapat mengenalpasti sama ada seseorang itu berkata benar atau sebaliknya.  Berikut adalah beberapa tanda-tanda yang memerlukan kita lebih berhati-hati agar tidak diperdaya oleh si penipu.
Semakin banyak tanda-tanda di bawah dilakukan, semakin serius dustanya.
(i) Tangan memegang-megang leher dan tengkuk (ataupun tengkuk baju).
(ii) Mata terkelip-kelip lebih laju daripada biasa.
(iii) Bibir terkatup lebih rapat daripada biasa.
(iv) Bercakap dengan ayat yang terputus-putus.
(v) Tercari-cari perkataan. “Urmm… anu… anu…”
(v) Membuat pembetulan pada apa yang tadi dipercakapkannya. (Macam kes
Saifool tersalah sebut tarikh sewaktu bersumpah dalam masjid Kuala
Lumpur).
(vi) Mata tidak mahu memandang orang yang didustai (ataupun tidak mahu memandang tepat pada kamera).
(vii) Menyorokkan tapak tangan.
Kata Puan SiPTS lagi, “Saya juga pakar menangkap penipu (selepas banyak kali terkena tipu,
saya pun bersungguh-sungguh belajar dengan membeli dan membaca
buku-buku tentang tanda-tanda (traits) orang cuba menipu.”.

No comments:

Post a Comment